Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Nelayan Dapat Manfaat Perkeso

By 11 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Azs Saffie

JERAM, 4 Julai (MalaysiaAktif) – Urat putus di tulang bahu kiri akibat kemalangan jalan raya pada April lalu merupakan satu mimpi buruk buat Asri Baseri, 41 tahun.

Nelayan itu berkata kejadian berlaku apabila motosikal dinaikinya hilang kawalan sebelum kemalangan semasa dalam perjalanan pulang ke rumahnya, di sini setelah selesai bekerja di Pasir Penambang.

Kemalangan itu malangnya turut menjejaskan punca pendapatan keluarganya memandangkan dirinya adalah pencari nafkah tunggal isi rumah tersebut.

Asri berkata isterinya tidak bekerja kerana menjaga anak mereka yang berumur tiga tahun.

“Manalah pula punca pendapatan untuk menyara keluarga bila diuji begini.

“Bagaimanapun, saya bersyukur hasil caruman yang dibuat oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) melalui Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) secara tahunan dapat dimanfaatkan pada waktu ini,” katanya ketika ditemui selepas lawatan Skuad Prihatin di kediamannya, kelmarin.

Mengambil kesempatan itu, Asri lantas menyeru kepada individu yang menjalankan pekerjaan sendiri tidak kira dalam sektor apa sekali pun untuk mula mencarum dengan skim berkenaan agar memperoleh perlindungan diperlukan tatkala nasib tidak menyebelahi.

“Insya-Allah kita akan mendapat perlindungan bermula dari tarikh dan masa caruman dibayar,” jelasnya.

Hadir sama Pegawai Khas Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Kuala Selangor Mohd Maskor Tumiran, Pengurus Pejabat PERKESO Tanjong Karang Roseman Muhamad Damanhuri dan Ketua Komuniti MADANI Pekan Assam Jawa Mohd Adhar Mesari.

-AA-

Tinggalkan komen anda