Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Penyertaan Kaum Siam Ceriakan Program Jiwa@Komuniti MADANI Sembang Santai DUN Jeneri

By 6 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Sazali Ab Hamid/Siti Yusmila Yusuf (Sik)

SIK, 8 Jul (MalaysiaAktif) – Penyertaan kaum Siam dalam Jiwa@Komuniti MADANI Sembang Santai DUN Jeneri menambahkan lagi kecerian program yang diadakan di Surau Kampung Sungai Setar, di sini semalam.

Gotong-royong memasak bubur Asyura oleh penduduk kampung Sungai Setar.

Masyarakat Siam yang turut bersama-sama memasak bubur Asyura, melambangkan komitmen dalam perpaduan antara kaum di dalam komuniti tersebut.

Menurut Ketua Komuniti MADANI DUN Jeneri Soo Pap Ai Suit, 52, penyertaan masyarakat Siam dalam program sebegini melambangkan perpaduan kaum yang sudah terjalin sekian lama di kawasan ini.

“Hubungan ini sudah lama terjalin daripada generasi ke generasi dan tidak pelik kerana orang Melayu juga turut hadir meramaikan majlis-majlis yang dianjurkan oleh masyarakat Siam sekiranya dijemput,” ujarnya.

Taklimat pelarasan tarif elektrik oleh Nur Ilyani.

Program anjuran Pejabat Penerangan Daerah Sik sempena Sambutan Maal Hijrah 1447 yang bertujuan menyampaikan maklumat kepada masyarakat secara bersemuka turut disertai beberapa agensi seperti Pejabat Agama Daerah Sik, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Tip pencegahan penipuan scammer turut diadakan Pegawai Penerangan Daerah Sik Muhammad Hafiz Izham disusuli ceramah Maal Hijrah oleh Pegawai Agama Daerah Sik Syeikh Mohd Usamah Talib dan taklimat pelarasan tarif elektrik oleh Nur Ilyani Abdullah daripada TNB memberi banyak maklumat berguna kepada masyarakat setempat.

-FN-

Tinggalkan komen anda