Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

25 Pelajar SPM Sertai Program Kecemerlangan di Pusat MADANI Tumpat

By 13 Julai 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: M. Anizan Mat Daud

TUMPAT, 13 Jul (MalaysiaAktif) – Pusat MADANI Tumpat terus memperkukuh peranannya sebagai pusat khidmat masyarakat apabila melaksanakan Program Tuisyen Kecemerlangan SPM Al-Falah, yang menyasarkan 25 orang pelajar dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelaboran sebagai kumpulan perintis.

Antara pelajar-pelajar Tiusyen Kecemerlangan SPM 2025 yang hadir.

Program berfokus pendidikan itu menandakan komitmen pusat berkenaan terhadap pembangunan komuniti daripada pelbagai aspek termasuk pendidikan, rohani, ekonomi dan sosial.

Penaung Pusat MADANI Tumpat Dr. Muhamad Razak Idris berkata pusat tersebut diwujudkan sebagai kesinambungan kepada usaha Kerajaan Persekutuan dalam memperluas manfaat kepada rakyat di peringkat akar umbi.

“Projek rintis ini adalah langkah permulaan untuk membantu pelajar-pelajar SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) cemerlang. Pusat MADANI Tumpat akan terus dibangunkan sebagai pusat khidmat rakyat merangkumi pelbagai aspek kehidupan,” katanya ketika berucap merasmikan program berkenaan, di sini semalam.

Roslawati dan anaknya Via Arisha Tasnim Mohd Nazri, 17, dari Sekolah Menengah Dato Biji Wangsa Tumpat, antara pelajar yang terpilih.

Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) titu urut menyeru agar lebih banyak sokongan, khususnya dari segi dana dan sumber kewangan dapat disalurkan bagi merealisasikan matlamat jangka panjang pusat berkenaan.

Program tersebut ternyata mendapat sambutan baik ibu bapa yang melihatnya sebagai peluang istimewa untuk anak mereka.

Wan Roslawati Ismail, 45, melahirkan rasa syukur dan terharu apabila anaknya terpilih menyertai program tuisyen tersebut.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Timbalan Pengarah (Pengurusan) Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan Normah Ya’cub dan turut dihadiri Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Kelantan Muhd Nor Aswadi Md Nor.

-RI

Tinggalkan komen anda