
Laporan/foto: Lyana Athirah Mohd Saad (Pokok Sena)
KOTA SETAR, 13 Jul (MalaysiaAktif) – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Alor Malai menerima kunjungan istimewa daripada ahli-ahli Komuniti MADANI Jalan Tun Razak – Jalan Stadium dalam satu lawatan santai penuh bermakna, semalam.

Pengurus NADI Alor Malai Nor Aina Mardhiah Md Dahari, memberi taklimat kepada peserta lawatan.
Lawatan tersebut memberi peluang kepada peserta melihat lebih dekat operasi dan fungsi NADI yang berkonsepkan 1 DUN 1 NADI dalam menyampaikan maklumat sahih kepada komuniti setempat secara lebih berkesan dan inklusif.
“Kami sangat teruja melihat bagaimana NADI berfungsi secara terus dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat.

Perbincangan antara peserta selepas selesai taklimat di NADI Alor Malai.
“Banyak perkara baru yang kami pelajari hari ini (Sabtu),” ujar Robiah Osman, 63, salah seorang peserta lawatan.
Ketua Komuniti MADANI Jalan Tun Razak – Jalan Stadium Zamani Hanafi, 63, berkata program sedemikian wajar diperluaskan kerana memberi pendedahan secara langsung tentang peranan media kerajaan dan komunikasi komuniti dalam kerangka Malaysia MADANI.
-RI





