Skip to main content
Berita TempatanLabuan

BFF 2025: Sukarelawan Pindah 200,000 Pokok Bunga

By 14 Julai 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Khairul Azad Yunus/Roziman Mahmudin (Labuan)

LABUAN, 14 Jul (MalaysiaAktif) – 200,000 pokok bunga semusim daripada spesis Celosia, Cosmos, Marigold Yellow dan Orange telah dipindahkan ke tapak Borneo Flora Festival@Labuan 2025 (BFF 2025) di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan oleh sekumpulan sukarelawan, semalam.

Ketua Pengarah JWP Datuk Seri Noridah Abd Rahim (kiri) turut bersama-sama para sukarelawan menyusun bunga-bungaan BFF 2025.

Menurut kenyataan Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP), 877 sukarelawan berganding tenaga menyusun pokok-pokok bunga semusim berdasarkan 11 motif (pattern) Borneo Linangkit yang telah di susun atur mengikut reka bentuk taman.

“Aktiviti penyemaian dan penanaman biji benih tanaman pokok bunga semusim sebanyak 250,000 polibeg oleh 550 sukarelawan telah dilaksanakan semasa Siri Pertama Program Sukarelawan BFF pada 3 dan 4 Mei 2025 di Nurseri Pulau Buah, Perbadanan Labuan.

Pelbagai jenis bunga-bungaan berwarna-warni mula menghiasi tapak BFF 2025.

“Manakala semasa Siri Kedua Program Sukarelawan BFF pada 17 dan 18 Mei 2025, 650 sukarelawan telah melaksanakan kerja-kerja pemindahan benih pokok bunga semusim di Padang Membedai yang disemai semasa siri pertama program sukarelawan,” menurut kenyataan itu semalam.

JPW memaklumkan festival bunga terbesar di Kepulauan Borneo; BFF 2025 anjuran (JWP, Perbadanan Labuan (PL), Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyasarkan kehadiran lebih 50,000 pengunjung dari dalam dan luar negara.

-RI

Tinggalkan komen anda