
Laporan/foto: Khairul Othman (Kuala Pilah)
KUALA PILAH, 19 Jul (MalaysiaAktif) – Masjid Al-Karim Qaryah Geduhom mencatat sejarah apabila dirasmikan dalam satu majlis penuh berkat sempena sambutan Maal Hijrah 1447H, di sini semalam.

Dif-dif kehormat yang hadir.
Perasmian disempurnakan oleh Undang Luak Johol Datuk Muhamad Abdullah.
Dalam ucapan perasmian, Datuk Muhamad Abdullah menyeru agar masjid bukan sekadar menjadi tempat ibadah, malah berfungsi sebagai pusat pembangunan ilmu, perpaduan dan kesejahteraan komuniti.
“Kami menyeru agar Masjid Al-Karim ini dipelihara fungsinya sebagai nadi masyarakat mendidik rohani, menyemai kasih sayang serta memperkukuh ukhuwah dalam kalangan anak kariah,” katanya.

Pewakaf masjid, Azman Karim ketika menyampaikan ucapan.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Datuk Noorzunita Begum Mohd Ibrahim, Ahli Parlimen Kuala Pilah Datuk Adnan Abu Hassan, Ahli Dewan Undangan Negari (ADUN) Johol Datuk Saiful Yazan Sulaiman Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) Jen (B) Tan Sri Datuk Seri Mohd Shahrom Datuk Nordin Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) Mohd Asri Abdullah, Pegawai Daerah Kuala Pilah Nawal Mohamed Amin dan pewakaf masjid Azman Karim.
-RI





