
Laporan/foto: Safwanah Zulkopli/Zaidi Muslimin
BUKIT MERTAJAM, 19 Jul (MalaysiaAktif) – Kejohanan Bola Sepak Bawah 15 dan 18 Tahun Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Pulau Pinang (MSSPP) bagi Zon Bukit Mertajam dan Zon Permatang Pauh melabuhkan tirainya dengan penuh semangat kesukanan dan persaingan sengit, di sini semalam.

Pasukan SMK Penanti krtika berehat di separuh masa pertama perlawanan.
Acara tahunan yang berlangsung dari 14 hingga 18 Julai itu telah diadakan di Padang Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin, menyaksikan perlawanan akhir yang menentukan johan, naib johan dan tempat ketiga bagi kedua-dua kategori umur.
Kejohanan ini bukan sekadar medan pertandingan, malah berperanan penting dalam mencungkil bakat-bakat muda yang berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi, selain menggalakkan semangat kesukanan dan kerjasama antara sekolah.
Jurulatih pasukan Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti Zaidan Roslan, melahirkan rasa syukur atas pencapaian anak buahnya yang berjaya mara hingga ke hari penentuan.

Piala, pingat serta sijil penyertaan kejohanan.
“Kejohanan ini bukan sahaja memperkukuh hubungan antara sekolah yang bertanding, malah mampu meningkatkan kualiti permainan serta memupuk semangat berpasukan dalam kalangan pelajar.
“Ini adalah pentas terbaik untuk mencungkil dan menilai potensi bakat baharu dalam dunia bola sepak peringkat sekolah,” ujarnya.
Setiap pasukan yang menjuarai kejohanan membawa pulang piala kejuaraan, pingat serta sijil penyertaan yang disampaikan oleh pihak penganjur sebagai penghargaan atas semangat juang dan komitmen mereka.
-RI





