Skip to main content
Berita TempatanLabuan

BEST Labuan Pastikan Labuan Selesa Dikunjungi

By 21 Julai 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Roziman Mahmudin (Labuan)

LABUAN, 21 Jul (MalaysiaAktif) – Program Bersih Setiap Tempat (BEST) yang dilaksanakan kelmarin adalah sebahagian usaha bagi menjadikan Labuan selesa didiami oleh pengunjung dari luar.

Mohd Sukuran (kanan) mengecat semula taman permainan di Taman Burung Labuan semasa program BEST.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Mohd Sukuran Taib, program itu merupakan inisiatif kempen kebersihan yang bertujuan menjadikan Wilayah Persekutuan khasnya di Labuan sebagai kawasan yang bersih dan sesuai untuk didiami.

“Penganjuran kempen ini juga bersempena penganjuran Borneo Flora Festival (BFF) yang akan berlangsung 26 Julai ini selain berkait rapat dengan strategi Perbadanan Labuan mempromosi elemen 5S iaitu Sun (matahari), Sand (pantai), Seafood (makanan laut) Shopping (bebas cukai), dan Sport (sukan) tourism (pelancongan) sebagai tarikan yang menanti pengunjung di Labuan,” katanya semasa ditemui di program itu.

BEST menjadikan Labuan sedia menanti para pengunjung terutama semasa penganjuran acara-acara besar.

Tambahnya, 40 lokasi terlibat menjayakan program itu meliputi 27 buah kampung dan juga kawasan sasaran di sekitar bandar Labuan.

“Ia membabitkan penglibatan penduduk setempat, pemimpin masyarakat, kakitangan kerajaan, swasta serta sukarelawan belia dan badan bukan kerajaan (NGO),” katanya.

-RI

Tinggalkan komen anda