Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Program Wakaf Lokaliti, Inisiatif Saham Akhirat Penduduk

By 20 Julai 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Elyas Hisyam/Harman Mohammad Khalid

KUALA LUMPUR, 20 Jul (MalaysiaAktif) – Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ MAIWP) telah mengadakan Program Wakaf Lokaliti (Siri 1) Surau Abbas Al-Habsee  di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Laksamana Jalan Peel yang bertujuan mengumpul dana bagi pembangunan Surau Abbas Al-Habsee yang baharu.

Syed Ali Syed ketika menyampaikan ucapan.

Program Wakaf Lokaliti ini adalah satu inisiatif daripada pihak PPZ MAIWP bagi menggalakkan penduduk dikawasan sekitar di sesebuah lokaliti untuk menyalurkan sumbangan atau wakaf kepada kelompok komuniti penduduk di situ.

Menurut mantan Pengerusi PPZ MAIWP Datuk Seri Syed Ali Syed Abbas Alhabshee, terdapat penyumbang dan dermawan yang bersetuju untuk memberikan dana dan menyumbang kepada pembangunan Surau Abbas Al-Habsee.

“Namun begitu kita mahu penduduk dikawasan sekitar lokaliti ini dapat mewakafkan sumbangan mereka bagi tujuan pembangunan surau ini supaya mereka juga mendapat saham akhirat,” katanya, di sini kelmarin.

Antara penduduk yang hadir ke program tersebut.

Surau Abbas Al-Habsee ini merupakan Surau Jumaat dan pembinaan surau baru ini akan memberikan keselesaan kepada para jemaah serta mampu menampung lebih ramai jumlah jemaah.

Pihak PPZ MAIWP turut membuka kaunter bergerak dan mengadakan cabutan bertuah bagi menggalakkan pengunjung yang hadir memberikan sumbangan kepada projek wakaf pembangunan Surau Abbas Al-Habsee. Selebriti Dakwah Imam Muda Asyraf juga turut hadir bagi Sesi Bual Bicara Inspirasi Hijrah bersama penduduk PPR Laksamana.

-RI

Tinggalkan komen anda