Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

‘Ukhuwah Kepimpinan Kerajaan MADANI’ Merapatkan Ukhuwah Pemimpin dan Rakyat

By 21 Julai 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hasrulazlinda Hassan/M. Khairulnizam Yunus (Negeri Sembilan)

PORT DICKSON, 21 Jul (MalaysiaAktif) – Aktiviti turun padang bertemakan ‘Ukhuwah Kepimpinan Kerajaan MADANI’ menjadi penutup tirai program Pemukiman Anggota Pentadbiran dan Ahli-ahli Parlimen Kerajaan MADANI yang berlangsung selama dua hari yang bermula Sabtu lalu.

Anwar ketika menyampaikan ucapan.

Program santai yang disertai Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun,  anggota-anggota pentadbiran serta pemimpin-pemimpin tertinggi kerajaan MADANI ini dilihat mampu merapatkan ukhuwah antara pemimpin tertinggi dan rakyat dengan penuh nilai kebersamaan selaras dengan matlamat memperkukuh gerak kerja berpasukan.

“Saya yang telah diamanahkan untuk bekerja untuk rakyat tetapi dengan kerjasama yang erat walaupun berbeza pandangan namun tugasan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Syukur, alhamdulillah,” ujar Perdana Menteri semasa menyampaikan ucapan, semalam.

Barisan Jemaah Menteri bersama menjayakan kenduri rakyat.

Antara tarikan utama program yang dibanjiri hampir 1,000 orang di Dataran Pachitan, di sini ialah edaran 3,000 ekor ayam segar secara percuma kepada penduduk, reruai Jualan Rahmah, aktiviti komuniti dan kenduri rakyat.

-RI

Tinggalkan komen anda