Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

Rakyat Ambil Peluang Berbelanja di Jualan Rahmah MADANI Port Dickson

By 21 Julai 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nur Ezzaty Ahmad Razimi (Negeri Sembilan)

PORT DICKSON, 21 Jul (MalaysiaAktif) – Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) yang berlangsung di Tapak Petanque Batu 1, di sini semalam sempena Pemukiman Anggota Pentadbiran dan Ahli-Ahli Parlimen Kerajaan ‘Ukhuwah Kepimpinan Kerajaan MADANI’ menjadi ruang penduduk berbelanja secara mesra poket.

Pelbagai produk tempatan turut dijual sempena PJRM.

PJRM kelolaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) itu menawarkan pelbagai barangan keperluan asas yang dijual pada harga lebih murah berbanding di pasaran.

Selain itu, jualan produk makanan seperti kek, pastri hasil produk tempatan serta buah-buahan turut diadakan pada lokasi ketiga PJRM sempena program berkenaan.

“Program ini bukan sahaja menjimatkan wang tetapi juga memudahkan pembeli mendapatkan keperluan dapur di satu tempat,” kata salah seorang pengunjung Asbi Ismail, 68, ketika ditemui.

Program dari 8.30 pagi hingga 4.30 petang itu turut dimeriahkan dengan sesi sukan rakyat yang diselaraskan Majlis Belia Daerah Port Dickson.

Salah seorang pengunjung menunjukkan isyarat ‘bagus’.

Acara seperti tarik tali, aerobik dan sukaneka mendapat sambutan dalam kalangan pengunjung di situ.

‘Ukhuwah Kepimpinan Kerajaan MADANI’ bertujuan untuk merapatkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat.

Amalan pemimpin turun padang dan bersama rakyat seperti ini memberi ruang kepada rakyat menyampaikan suara, keperluan dan pandangan secara langsung kepada pemimpin.

-RI

Tinggalkan komen anda