
Laporan/foto: Sarah Nur Saad (Perak)/Saarani Mohamad
IPOH, 23 Jul (MalaysiaAktif) – Kerajaan negeri Perak berjaya menyelesaikan 89 peratus daripada 441 aduan rakyat di negeri itu, tahun ini.

Suasana di Stadium Indera Mulia di sini sempena Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Siri 5/2025.
“Sebanyak 103 aduan telah diterima meliputi pelbagai isu dan permasalahan dihadapi rakyat. Sehingga pelaksanaan siri keempat sebelum ini, sejumlah 441 aduan direkodkan dengan 391 (89 peratus) daripadanya berjaya diselesaikan, manakala baki 50 (11 peratus) aduan masih dalam proses tindakan lanjut,” katanya.
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata demikian pada sidang media Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Siri 5/2025 di Stadium Indera Mulia, di sini kelmarin.
Menurutnya, penganjuran program tersebut adalah platform berkesan bagi memenuhi objektif memastikan setiap suara, permasalahan dan pandangan rakyat dapat disalurkan dengan betul.
Katanya, rakyat berpeluang berjumpa terus dengan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri mengikut port folio masing-masing.
“Program ini kita buat secara tetap kerana kita faham kadang-kadang rakyat ada temu janji, tetapi pemimpin negeri tidak dapat hadir atas urusan lain seperti mesyuarat dan sebagainya.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Mohd Azlan Helmi Helmi.
“Sebanyak 96 kaunter perkhidmatan pelanggan, enam buah kaunter bergerak dan sebelas gerai pameran daripada pelbagai agensi turut disediakan bagi kemudahan pengunjung,” katanya.
Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim, Penasihat Undang-Undang negeri Datuk Azmir Shah Zainal Abidin, Pegawai Kewangan negeri Datuk Mohd Zaki Mahyudin dan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak.
“Dengan adanya program ini, rakyat tahu mereka boleh datang bukan sahaja berjumpa terus dengan saya, tetapi pihak lain juga termasuk kalangan ketua-ketua jabatan dan agensi-agensi seperti PKNPk (Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak ), MB Inc (Perbadanan Menteri Besar Perak), SSI (Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak) dan sebagainya,” ujarnya.
-RI





