Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Pertandingan Pengisahan Kenegaraan @ Kelab Malaysiaku 2025 Peringkat Sarawak Suntik Semangat Patriotisme Pelajar

By 26 Julai 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto : Lydia Humphery Tungkat (Sarawak)

KUCHING, 26 Jul (MalaysiaAktif) – Pertandingan Pengisahan Kenegaraan @ Kelab Malaysiaku 2025 Peringkat Sarawak julung kalinya dianjurkan secara dalam talian kelmarin melalui platform Webex, selaras dengan norma baharu dan perkembangan teknologi semasa.

Tangkap layar persembahan yang dilaksanakan secara dalam talian.

Pertandingan yang berlangsung semalam menggunakan pendekatan tersebut telah membuka peluang penyertaan lebih meluas serta memupuk semangat patriotisme dalam kalangan rakyat, khususnya pelajar sekolah.

Meskipun dijalankan secara maya, semangat cintakan negara tetap terserlah melalui pengisahan yang menyelami sejarah, perjuangan dan jati diri bangsa, selain menunjukkan keupayaan peserta menyesuaikan diri dengan teknologi digital, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang inklusif dan progresif.

Dr Mawar pertama kali terlibat sebagai juri Pertandingan Pengisahan Kenegaraan @ Kelab Malaysiaku 2025 Peringkat Sarawak.

Menurut Pensyarah Fakulti Seni Gunaan & Kreatif UNIMAS, Dr Mawar Suhaila Ab Razak, 46, yang juga salah seorang panel juri pertandingan itu, hampir semua ahli Kelab Malaysiaku di Sarawak menyertai saringan awal pertandingan ini.

“Saya amat terkejut melihat semangat kenegaraan yang ditunjukkan oleh para pelajar dan jarang kita lihat generasi muda, khususnya pelajar sekolah, memiliki semangat patriotik sebegitu tinggi,” katanya ketika dihubungi kelmarin.

Tambah beliau, penilaian lebih tertumpu kepada penghayatan dan semangat patriotisme, bukan semata-mata siapa menang atau kalah.

Pengadilan panel juri dilaksanakan secara atas talian.

“Penyampaian para peserta sangat menyentuh hati, malah ada audiens yang turut terharu dengan persembahan mereka,” ujar beliau lagi.

Penganjuran secara maya juga disifatkan sangat positif kerana menjimatkan masa, kos logistik dan memberi peluang penyertaan lebih luas termasuk dari kawasan luar bandar.

Pertandingan ini telah mengangkat Sekolah Seni Malaysia sebagai Johan peringkat Srawak seterusnya menjadi wakil ke peringkat kebangsaan.

-RJ-

Tinggalkan komen anda