Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

Koperasi Memperkasa Komuniti, Membina Negara MADANI

By 28 Julai 2025November 4th, 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: M Zakry Chan/Facebook: Ab Rauf Yusoh

AYER KEROH, 28 Jul (MalaysiaAktif) – Selaras dengan tema Hari Koperasi Negara 2025 iaitu Koperasi Memperkasa Komuniti, Membina Negara MADANI, kerajaan negeri Melaka sentiasa cakna terhadap perkembangan gerakan koperasi dan komited memperkukuh ekosistemnya melalui pelbagai inisiatif berasaskan komuniti menerusi kerjasama erat dengan Kerajaan Persekutuan dan agensi berkaitan.

Antara usaha yang dilaksanakan adalah menerusi bajet 2025 Negeri Melaka apabila kerajaan negeri menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM300 ribu bagi Geran Pemerkasaan Koperasi Kluster Mikro (e-Mikro).

Lawatan Ketua Menteri Melaka ke reruai di MITC sempena Hari Koperasi Negara 2025

Selain itu, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyalurkan dana RM300 ribu bagi penubuhan Pusat Inkubator berfasiliti canggih dengan kerjasama syarikat swasta dan SKM di Melaka.

Menurut Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, kerajaan mewujudkan Pusat Sehenti Usahawan (OSCE) sebagai hab strategik yang menghubungkan usahawan kepada pembiayaan, latihan, dan jaringan industri melalui agensi seperti MARA, SME Corp dan TEKUN Nasional.

“Sudah tiba masanya koperasi melangkah ke bidang berimpak tinggi seperti ekonomi digital dan teknologi hijau dalam merealisasikan agenda pembangunan negara khususnya dalam mencapai sasaran Ekonomi MADANI,” ujar beliau ketika merasmikan program tersebut, semalam.

Dianggarkan lebih 35 ribu pengunjung telah membanjiri Hari Koperasi Negara 2025 di MITC yang berlangsung selama dua hari bermula 26 hingga 27 Julai 2025.

-AA-

Tinggalkan komen anda