
Laporan/foto: Khairul Azad Yunus/Roziman Mahmudin (Labuan)
LABUAN, 28 Jul (MalaysiAktif) – Sekitar 3,500 peserta menjayakan Borneo Flora Walk sejauh 5 kilometer sempena Borneo Flora Festival @ Labuan (BFF) 2025, di sini semalam.

Zaliha turut serta bersenam bersama ribuan warga tempatan
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa, acara itu merupakan antara aktiviti sampingan yang menyerikan BFF 2025.

Antara peserta Borneo Flora Walk yang mencuri perhatian
“Saya menyokong penuh inisiatif seperti ini yang bukan sahaja memeriahkan festival, bahkan turut menggalakkan gaya hidup sihat dalam komuniti.
“Ia seiring dengan visi Bandar CHASE yang mendukung agenda Healthy City di Wilayah Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Penganjuran program itu diselaras Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Labuan, Perbadanan Labuan serta dengan kerjasama Kelab Belia Kampung Layang-Layangan (KEBAL).








