Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Jelajah PENTARAMA X Kelab Malaysiaku Negeri Perak Melabuhkan Tirai

By 25 Julai 2025Julai 28th, 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Alihanafiah (Bagan Datuk)/Mohammad Ezwandi (Perak)

HUTAN MELINTANG, 25 Jul (MalaysiaAktif) – Siri jelajah PENTARAMA X Kelab Malaysiaku Peringkat Negeri Perak anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) melabuhkan tirainya kelmarin selepas siri penganjuran di beberapa buah sekolah terpilih selesai.

Semangat bersatu padu diterjemahkan warga sekolah dalam program penganjuran Program PENTARAMA x Kelab Malaysiaku kali ini

Empat buah sekolah di daerah Bagan Datuk yang mempunyai Kelab Malaysiaku telah terlibat dalam siri jelajah ini iaitu SMK Rungkup, SMK Tun Abdul Razak, SMK Hutan Melintang dan SMK Khir Johari.

Sementara itu, Pengetua SMK Khir Johari Mohd Norazmin Mohd Abdul Aziz turut menyatakan rasa puas hati terhadap penglibatan aktif pelajar pelbagai kaum dalam program tersebut.

Warga SMK Khir Johari merakamkan kenangan bersama PENTARAMA setelah selesai program

“Program ini selari dengan aspirasi pendidikan negara dalam melahirkan warganegara yang memahami, menghormati, dan menghargai kepelbagaian kaum, budaya serta agama di Malaysia agar dapat hidup dalam suasana harmoni dan bersatu padu,” ujarnya.

Menurut Timbalan Pengarah PENTARAMA Mohamad Amsyari Mohamad Suhaimi, program PENTARAMA X Kelab Malaysiaku menerima sambutan yang memberangsangkan sepanjang siri jelajahnya di sekolah-sekolah terpilih seluruh negara.

“Fokus kami adalah untuk melaksanakan program ini di sekolah luar bandar yang jarang mendapat peluang menganjurkan program seumpama ini, selain berhasrat untuk melibatkan semua peringkat pelajar termasuk sekolah rendah.

Tambahnya, Jabatan Penerangan Malaysia amat menghargai kerjasama semua pihak yang sama-sama terlibat dalam menjayakan usaha murni ini, khusunya Kementerian Pendidikan Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

-AA-

Tinggalkan komen anda