
Laporan/foto : Lim Poh Choo/ Lance Dunstan (Sarawak)
KUCHING, 29 Jul (MalaysiaAktif) – Amalan pemakanan seimbang dan gaya hidup aktif adalah antara dua ciri penjagaan kesihatan yang perlu diberi perhatian terutamanya oleh golongan pekerja pejabat dan bagi yang sering kurang pergerakkan fizikal.

Sesi ceramah secara bersemuka turut diikuti secara dalam talian peserta di luar Kuching.
Sehubungan itu, Kelab Penerangan Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN), Sarawak diketuai Pengerusinya Ianabella Raeng bekerjasama dengan Yakult Malaysia mengadakan ceramah kesihatan di Ibu Pejabat JAPEN di sini, pagi tadi.
Program tersebut diadakan khusus untuk peserta yang mengikuti Program Go Fit Don’t Quit membabitkan seramai 50 kakitangan JAPEN dan turut diikuti secara dalam talian oleh kakitangan di luar Kuching juga memberi penekanan kepada pemahaman pentingnya pengambilan probiotik dalam diet harian.
“Selain amalan gaya hidup aktif dan pemakanan yang sihat, pengambilan probiotik dalam diet seharian amat digalakkan terutamanya untuk mengawal berat badan.

Liew Qing berkongsi kebaikan probiotik seperti Yakult dalam amalan gaya hidup sihat kepada warga JAPEN
“Minuman Yakult pula merupakan probiotik kerana mempunyai bakteria Shirota Strain yang memberi manfaat kesihatan seperti meningkatkan pencernaan, meningkatkan sistem imun, mengurangkan bakteria jahat dan membantu menguatkan usus termasuk menyerapkan nutrisi,” Pegawai Perhubungan Awam dan Penyelia Sains Yakult (Malaysia) Liew Qing berkata demikian pada sesi ceramahnya.

Lily Chiong , peserta Program Go Fit Don’t Quit anggap program ini bermanfaat dalam tingkatkan kesedaran gaya hidup sihat.
Bagi salah seorang peserta iaitu Lily Chiong Siew Hwa yang juga merupakan Pembantu Penerangan, program sebegini sangat bermanfaat terutamanya kepada kakitangan JAPEN memandangkan ceramah yang disampaikan merangkumi pelbagai aspek penjagaan kesihatan membabitkan cara pengambilan makanan setiap hari, kepentingan senaman secara konsisten sekurang-kurangnya 30 minit sehari dan masa tidur yang memberikan kesan terhadap kesihatan fizikal dan mental.
“Sememangnya, ceramah seperti ini membantu kami memperbetulkan persepsi tentang gaya pemakanan dan aktiviti harian yang selama ini mungkin diabaikan kerana kesibukan berkerja dan program seperti ini wajar diteruskan pada masa hadapan kerana ia amat memberi kesedaran tentang pelbagai aspek penting penting penjagaan kesihatan,” ujar beliau lagi.
-RJ-





