Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Pentingnya Pendedahan Awal Pemeliharaan Alam Sekitar Di Peringkat Awal

By 1 Ogos 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zulkarnain Rodzi (Kota Setar)

ALOR SETAR, 1 Ogos (MalaysiaAktif) – Pelajar perlu sentiasa diberikan pelbagai pendedahan tentang kepentingan dan penjagaan alam sekitar agar mereka mampu membesar dengan nilai prihatin terhadap alam sekitar.

Penolong Pengarah Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Awang Rosnadi Awang Rosli berkata aspirasi itu mampu dicapai menerusi penganjuran program bermanfaat seperti Program ‘Balas Budi’ Kitar Semula di Sekolah Kebangsaan (SK) Mergong, di sini semalam.

Majlis dirasmikan oleh Penolong Pengarah Pembangunan Bakat Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.

“Program ini bertujuan memberi kesedaran kepada murid serta komuniti sekolah tentang pentingnya amalan kitar semula demi kesejahteraan alam sekitar.

“Ia juga menjadi platform pendidikan luar bilik darjah yang interaktif dan menyeronokkan, selaras dengan agenda pendidikan berasaskan nilai,” katanya kepada MalaysiaAktif semasa majlis peluncuran program berkenaan.

Guru Besar SK Mergong Shaarani Ibrahim pula yakin, selain memberi manfaat secara langsung kepada murid, Program ‘Balas Budi’ Kitar Semula itu juga mencapai impak lebih besar menerusi penglibatan dan sokongan ibu bapa dan guru yang turut serta.

Seramai 1,143 pelajar terlibat sepanjang majlis ini.

Sesi taklimat berkaitan kepentingan kitar semula disampaikan wakil Persatuan Mencegah Dadah (PEMADAM) Kedah yang menyentuh isu-isu berkaitan pencemaran, amalan 3R iaitu Reduce (Kurangkan), Reuse (Guna Semula) dan Recycle (Kitar Semula) serta peranan individu dalam menjaga kebersihan alam sekitar.

Bagi memeriahkan lagi program, kuiz interaktif juga turut diadakan melibatkan penyertaan murid-murid.

-RI

Tinggalkan komen anda