Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

RMK13: Sesi Menteri Komunikasi Perkukuh Peranan Komuniti MADANI Sebar Maklumat Kerajaan

By 1 Ogos 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Farzliana Abdul Ghaffar

BACHOK, 1 Ogos (MalaysiaAktif) – Sesi Menteri Komunikasi Bersama Komuniti yang berlangsung secara serentak melalui platform atas talian malam semalam berjaya menghimpunkan 1,878 Komuniti MADANI di seluruh negara, termasuk sembilan komuniti di daerah Bachok.

Setiap Komuniti MADANI berkumpul secara berkumpulan mengikut lokasi masing-masing bagi memudahkan semua Ahli Jawatankuasa.

Program anjuran Kementerian Komunikasi itu bertujuan memperjelaskan pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) kepada penggerak dasar peringkat akar umbi, sekali gus memperkukuh usaha penyebaran maklumat secara proaktif kepada masyarakat.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata sesi berkenaan penting untuk memastikan ikhtiar kerajaan difahami dengan jelas.

“Saya percaya Komuniti MADANI mampu menyebarluaskan hasrat kerajaan melalui pelbagai platform, termasuk menghasilkan video dan menggunakan Key Opinion Leader (KOL) agar manfaat RMK13 sampai kepada rakyat,” katanya.

AJK generasi muda bersemangat bekerjasama bersama Ketua Komuniti MADANI dalam mendapatkan input untuk disampaikan kepada masyarakat.

Core KOL Komuniti MADANI Daerah Bachok Zahari Mohd Sidik menyifatkan sesi itu sebagai peluang terbaik untuk memahami dasar kerajaan secara mendalam sebelum maklumat disebarkan ke akar umbi.

“Kami menghargai usaha ini kerana ia membuka ruang interaksi dua hala yang bermanfaat,” ujarnya.

RMK13 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen semalam bertemakan ‘Melakar Semula Pembangunan’ selari dengan kerangka Ekonomi MADANI bagi tempoh 2026 hingga 2030.

-RI

Tinggalkan komen anda