Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

KOSMA Rekod Prestasi Cemerlang Umum Dividen Tertinggi 55 Peratus

By 1 Ogos 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Radiah Rahim/Sh. Nurrul (Pahang)

KUANTAN, 1 Ogos (MalaysiaAktif) – Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) mengumumkan keuntungan dividen saham tertinggi setakat penubuhannya iaitu sebanyak 55 peratus.

Beliau bersama barisan Majlis Kerajaan Negeri Pahang dan Pengerusi KOSMA ketika pengumuman itu.

Menurut Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail pendapatan keseluruhan KOSMA yang telah diaudit mencatatkan jumlah RM290.79 juta, manakala keuntungan bersih direkodkan RM132.77 juta.

“Berdasarkan prestasi kewangan yang kukuh ini, Mesyuarat Agong KOSMA ke-40 telah membuat permohonan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan berjaya mendapat kelulusan pembayaran dividen sebanyak 55 peratus,” katanya sewaktu mengumumkan dividen saham KOSMA, di sini semalam.

Ujarnya lagi, dividen dibayar sebanyak RM32.538 juta dan nilai unit ladang yang telah dibayar pula ialah RM23.97 juta kepada 1,495 ahli.

“Ia menjadikan jumlah keseluruhan pembayaran dividen unit ladang dan saham RM56.508 juta,” katanya.

Wan Rosdy turut menambah KOSMA akan terus memainkan peranan dalam menjana pendapatan yang memberikan impak besar kepada sektor koperasi negeri Pahang dan juga negara.

-RI

Tinggalkan komen anda