Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Rakyat Perlu Peka Ancaman Scam, Kesedaran Harus Menyeluruh – Gobind Singh

By 5 Ogos 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Memi Yusoff/Hazel (Selangor)

DAMANSARA, 5 Ogos (MalaysiaAktif) – Menteri Digital Gobind Singh Deo menegaskan bahawa kesedaran terhadap penipuan dalam talian atau scam perlu dipertingkatkan dalam kalangan rakyat tanpa mengira peringkat usia.

Katanya kesedaran berkenaan adalah perlu memandangkan penggunaan internet kini melibatkan semua lapisan masyarakat.

Gobind turut menyampaikan 50 unit komputer riba kepada golongan B40.

“Risiko scam ini sebenarnya menyasarkan semua orang,” katanya kepada media selepas merasmikan Karnival Kita MADANI Peringkat Negeri Selangor di Dataran Kayu Ara, di sini kelmarin.

Menurutnya, kempen kesedaran keselamatan siber tidak boleh bersifat terhad atau bersasar kepada kumpulan tertentu sahaja, sebaliknya perlu menyeluruh dan berterusan.

“Sebab itu, kita nak pastikan dari peringkat sekolah lagi, murid-murid sudah diberi kefahaman tentang risiko scam, macam mana nak kenal pasti dan elakkan.

“Tapi, pada masa yang sama, golongan dewasa juga tidak boleh diabaikan. Mereka pun berisiko dan perlu dimaklumkan,” ujarnya.

Jelasnya, pendekatan holistik yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat melalui program kesedaran digital adalah langkah terbaik dalam memastikan setiap individu faham dan bersedia menghadapi ancaman scam.

“Teknologi memberi manfaat, tapi pada masa yang sama datang dengan risiko. Maka, kita perlu bijak mengendalikannya,” katanya yang juga Ahli Parlimen Damansara itu.

-RI

Tinggalkan komen anda