Skip to main content
Berita TempatanLabuan

‘KEBAL Cup 2025’ Cungkil Bakat Pemain Muda Labuan

By 5 Ogos 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)/KEBAL

LABUAN, 5 Ogos (MalaysiaAktif) – Kejohanan Bola Sepak KEBAL Cup 2025 bawah 8, 10 dan 12 tahun, di sini kelmarin berjaya mencungkil bakat muda dalam sukan bola sepak di pulau itu.

Menurut Pengerusi Kelab Belia Anak Layangan (KEBAL) Ahmad Nazri Jamal, program itu telah mencapai objektif dalam mencungkil bakat muda selain memupuk semangat kesukanan.

Ahmad Nazri (berdiri tengah belakang) selepas menyampaikan hadiah kepada salah satu pasukan yang bertanding.

“Antara objektif program ini adalah membangunkan bakat muda dalam sukan bola sepak, mewujudkan platform persaingan sihat antara pasukan serta mengukuhkan jaringan kerjasama strategik belia dengan agensi dan komuniti selain menyokong agenda sukan Kementerian Belia dan Sukan (KBS),” katanya.

Ahmad Nazri berkata program itu juga mampu memberi pendedahan kepada golongan belia dalam bidang pengurusan acara yang melibatkan masyarakat setempat.

“Kejohanan ini diharap dapat memperkasa peranan belia sebagai penggerak komuniti, membina kepimpinan akar umbi dan menyemai semangat sukarelawan serta tanggungjawab sosial melalui penglibatan aktif dalam penganjuran dan pengurusan kejohanan.

“Penganjuran yang tersusun dan sambutan yang menggalakkan mencerminkan kejayaan kolaborasi strategik antara pihak penganjur, sukarelawan belia dan komuniti setempat,” katanya.

Pemenang Anugerah Kasut Emas menerima trofi daripada Ahmad Nazri (kanan).

Tambahnya, sebanyak 27 pasukan dan seramai 344 orang pemain menyertai kejohanan itu.

“Pekan FC menjuarai Kategori Bawah 8 Tahun, diikuti Victorian United FC di tempat kedua manakala Marlin FC A dan Marlin FC B menduduki tempat ketiga bersama. Pasukan K’Rupang FC pula mengungguli Kategori Bawah 10 Tahun diikuti Mastery FC di tempat kedua dan Pekan FC serta City Boys di tempat ketiga bersama.

“Bagi Kategori Bawah 12 Tahun, turut dijuarai K’Rupang FC yang menewaskan Pekan FC U12 di perlawanan akhir diikuti Falcon FC serta Pekan FC U11 yang mendapat tempat ke tiga bersama,” jelasnya.

-RI

Tinggalkan komen anda