Skip to main content
Berita TempatanHomeLabuanViralWilayah Persekutuan

Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Labuan Mengujakan

By 13 Ogos 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh: Mohd Faizal Mansor

 

LABUAN, 13 Ogos (Malaysiaaktif) – Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan 2016 telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Haji Isli di Terminal Bas Labuan, sebentar tadi.

Pelbagai pengisian untuk mengelorakan semangat sehati sejiwa dan patriotisma antaranya ialah Konvoi Jalur Gemilang yang melibatkan kenderaan agensi kerajaan bersama Persatuan Bas Labuan dan persembahan Gerakkan Tempur Anggota Tentera Darat Malaysia.

IMG-20160813-WA0010

Menurut Mastim Kiriman,51, dari Kota Kinabalu, beliau turut teruja dengan sambutan bulan kemerdekaan yang di sambut oleh penduduk labuan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan kaum hadir menunjukkan tanda cintakan tanah air.

IMG-20160813-WA0008

Manakala Pengarah Jabatan Penerangan Wilayah persekutuan Labuan, Matteri Marusin berasa sangat bangga dengan penglibatan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan dalam menjayakan sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang yang mana ia merupakan satu bentuk sokongan yang padu kepada kerajaan dalam menaikan lagi semangat sehati sejiwa.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) Perbadanan Labuan, Mohd Zamri Mohd Esa, Pengarah Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan Labuan, Matteri Matusin serta pemimpin masyarakat, ketua-ketua jabatan dan wakil-wakil daripada jabatan dan agensi kerajaan Wilayah Persekutuan Labuan.

Tinggalkan komen anda