
Laporan/foto: Rose Ryqal (Klang)
KLANG, 8 Ogos (MalaysiaAktif) – Karnival Seminar Aspirasi Naratif Inovasi Selangor 2025 (K-SEMAnIS) Peringkat Antarabangsa penting sebagai platform transformatif dalam Pendidikan Teknologi Moden di Selangor.

Murid sekolah rendah didedahkan dengan usahawan moden.
Menurut Datuk Bandar Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) Datuk Abd Hamid Hussain berperanan melangkaui fungsi seminar biasa.
“Melalui K-SEMAnIS, budaya inovasi dan pembelajaran digital disuburkan, menjadikan pendidikan bukan sahaja relevan dan dinamik tetapi juga berdaya saing di peringkat global, sejajar dengan aspirasi pembangunan insan MADANI.
“Ia menjadi medan pemikiran baru dalam pendidikan yang mengintegrasikan teknologi moden, kesepaduan ilmu pengetahuan dan prinsip kelestarian,” katanya semasa merasmikan karnival tersebut di sebuah hotel, di sini semalam.

Kehadiran peserta K-SEMAnIS dari seluruh negara.
Karnival itu menerima lebih 5,000 penyertaan terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah, golongan pendidik, pihak pengurusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan jemputan rakan strategik dari seluruh dunia.
Sebanyak 450 reruai inovasi, 180 pembentangan kajian tindakan serta 220 sesi perkongsian amalan terbaik membuktikan betapa besar dan bernilainya potensi yang wujud dalam sistem pendidikan negara.
-RI





