Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

One Stop Centre Komuniti Selamat Satukan Pelbagai Agensi Kerajaan

By 11 Ogos 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Faizal Mansor/Mazlin Basir (Pontian)

PONTIAN, 11 Ogos (MalaysiaAktif) – One Stop Centre Komuniti Selamat anjuran Pejabat Daerah Pontian berjaya menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan swasta bagi memberikan khidmat nasihat berkaitan keselamatan kepada masyarakat setempat.

Penghulu Mukim Api-Api Azmir Md Razuki berkata penganjuran program tersebut mewujudkan jaringan kerjasama strategik antara jabatan kerajaan dan agensi berkaitan keselamatan, sekali gus menjadikan platform itu sebagai pusat rujukan masyarakat.

Bagi menyemarakkan lagi bulan kebangsaan, tetamu kehormat menyanyikan lagu patrioktik bersama hadirin yang hadir.

“Usaha mendidik masyarakat bagi mewujudkan komuniti selamat bebas daripada jenayah dan penyalahgunaan dadah dapat direalisasikan menerusi program ini,” katanya di Kompleks Penghulu Api-Api, di sini semalam.

Program yang dirasmikan Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Masyarakat) Akmal Hamizi Manshor itu disertai pelbagai agensi daerah termasuk Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Ibu Pejabat Polis, Pejabat Kebajikan Masyarakat, Lembaga Penduduk dan Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) Negeri Johor, Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Johor serta Pejabat Penerangan Daerah.

Edaran bahan penerbitan oleh Pejabat Penerangan Daerah Pontian.

Program tersebut katanya mendapat sambutan menggalakkan penduduk setempat termasuk golongan wanita dan belia yang mahu mendapatkan maklumat berkaitan keselamatan komuniti.

“Antara isu yang diberikan penerangan ialah bahaya penyalahgunaan dadah, masalah keganasan rumah tangga, sistem e-Kasih, bantuan dan perkhidmatan kebajikan serta langkah menghindari masalah perlencongan sosial komuniti dan keluarga,” ujarnya.

Program turut diisi dengan penyampaian naratif isu semasa dan pengedaran bahan penerbitan oleh Pejabat Penerangan Daerah.

-RI

Tinggalkan komen anda