Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Karnival Jiwa Merdeka Malaysia MADANI 2025 Kukuhkan Perpaduan, Semangat Patriotisme

By 11 Ogos 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noornita Ahmad (Seberang Perai Tengah)

BUKIT MERTAJAM, 11 Ogos (MalaysiaAktif) – Karnival Jiwa Merdeka Malaysia MADANI 2025 yang dianjurkan di perkarangan Lotus’s Alma pada Jumaat berjaya menarik kehadiran pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat, sekali gus membuktikan komitmen penganjur dalam memupuk perpaduan dan semangat cintakan negara.

Lee Khai Loon menekankan kepentingan penglibatan komuniti dalam menjayakan program seumpama ini.

Antara tarikan utama termasuk Night Fun Walk, Konsert PENTARAMA, pameran agensi kerajaan, pameran automotif, pertandingan mewarna, pertandingan pakaian beragam, permainan interaktif serta pemeriksaan kesihatan percuma.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machang Bubok Lee Khai Loon berkata penganjuran karnival itu menghidupkan suasana menjelang sambutan Hari Kebangsaan dan memberi ruang kepada masyarakat berinteraksi dan mengeratkan hubungan dengan kaum lain.

“Apabila semua pihak berganding bahu, kita dapat mewujudkan masyarakat yang lebih bersatu padu, harmoni dan saling memahami,” katanya.

Program turut diserikan dengan pertandingan mewarna kanak-kanak.

Program anjuran Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Tengah dengan kerjasama Pusat Khidmat ADUN Machang Bubok itu menjadi platform mengukuhkan silaturahim antara keluarga dan komuniti setempat.

Turut hadir Pegawai Penerangan Daerah Seberang Perai Tengah Jamil Zainul, Ahli Majlis Bandaraya Seberang Perai Bernard Chin dan Penguasa Kanan Bomba Azhar Hamat.

-RI

Tinggalkan komen anda