
Laporan/foto: Radiah Rahim/Sh. Nurrul (Pahang)
ROMPIN, 11 Ogos (MalaysiaAktif) – Seorang ahli Komuniti MADANI dari daerah ini tidak menyangka dirinya menjadi pemenang hadiah utama cabutan bertuah bernilai RM3,000 di Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2025 Peringkat Negeri Pahang, di sini kelmarin.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (tengah) menyantuni para pengunjung yang hadir.
Noraishah Abd Gafar, 44, dari Komuniti MADANI Kampung Sepayang berasa teruja dan dalam masa yang sama turut terkejut dengan kemenangan tersebut.
“Syukur alhamdulillah saya memang tak sangka dapat cabutan bertuah ini dan amat tergamam seketika apabila nama saya terpapar di skrin sebagai pemenang,” katanya.
Tambahnya lagi, setakat ini beliau tiada perancangan lagi untuk membelanjakan wang tunai tersebut.

Ain Nur Radhiah tersenyum bangga mengibarkan Jalur Gemilang.
“Saya akan simpan wang kemenangan ini bagi tujuan kecemasan,” katanya.
Sementara itu, salah seorang penduduk setempat yang ditemui Ain Nur Radhiah Mohd Radzi, 26, berkongsi kegembiraan dapat bersama-sama di majlis pelancaran berkenaan.
“Inilah kali pertama program Pelancaran Bulan Kebangsaan peringkat negeri dilaksanakan di sini, saya amat meminat program seperti ini kerana ia dapat meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat Malaysia dan saya sentiasa memberikan sokongan sepenuhnya,” katanya.
-RI





