Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

KMJG Wajar Diperluas ke Peringkat Daerah

By 15 Ogos 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Radiah Rahim/Sh. Nurrul (Pahang)

LIPIS, 15 Ogos (MalaysiaAktif) – Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) wajar diperluaskan ke peringkat daerah.

Syaidatul Akhmar Mohd Dzukri ketika ditemui Malaysia Aktif.

Pengarah Institut Pertanian Kuala Lipis, Noraidah Musa, berkata konvoi KMJG ini perlu diperluaskan di peringkat daerah termasuk di Lipis agar ia boleh disertai semua masyarakat setempat dan penglibatan pelbagai peringkat.

“Saya amat menyokong program sambutan bulan kebangsaan oleh kerajaan kerana dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia agar semangat cintakan negara tidak akan pudar dan terus mekar hingga ke generasi akan datang,” katanya ketika ditemui di Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang peringkat Daerah Lipis, di sini kelmarin.

Wakil Pegawai Daerah Lipis bergambar kenangan bersama peserta konvoi KMJG 2025.

Syaidatul Akhmar Mohd Dzukri, 40, amat berbangga kerana daerah Lipis terpilih sebagai lokasi persinggahan konvoi KMJG tahun ini.

“Semangat patriotik ini perlu diterapkan kepada masyarakat agar ianya sentiasa terpahat di jiwa rakyat Malaysia tapi mengira latarbelakang dan idealogi,” katanya kepada Malaysia Aktif.

-RI

Tinggalkan komen anda