Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Kibar Jalur Gemilang Bukti Kecintaan Terhadap Negara

By 15 Ogos 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Juhaisa Azrin/Muhammad Firdaus (Lipis)

LIPIS, 15 Ogos (MalaysiaAktif) – Penduduk di daerah ini diseru agar mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang tempoh sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025.

Kibaran Jalur Gemilang lambang kecintaan terhadap negara.

Wakil rasmi Pegawai Daerah Lipis Nik Mohd Azrul Abdul Ghafar dalam ucapannya berkata kibaran Jalur Gemilang merupakan simbol kecintaan terhadap negara, sekali gus menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini.

“Jalur Gemilang bukan hanya selembar kain, tetapi ia membawa seribu pengertian terhadap kedaulatan negara serta pengorbanan orang terdahulu untuk mencapai kemerdekaan dan keharmonian yang kita kecapi pada hari ini,” katanya sewaktu berucap di Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang peringkat Daerah Lipis, di sini kelmarin.

KMJG 2025 Negeri Pahang menjayakan kempen Satu Rumah Satu Jalur Gemilang.

Seramai 250 tetamu dari pelbagai agensi kerajaan turut hadir menjayakan majlis peluncuran tersebut yang turut diserikan dengan persembahan tarian dan pelbagai lagi.

Daerah Lipis merupakan salah satu laluan Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2025 peringkat Negeri Pahang.

-RI

Tinggalkan komen anda