
Laporan/foto: Abd Muiz (Cameron Highlands) /SMKSAS
CAMERON HIGHLANDS, 15 Ogos (MalaysiaAktif) – Cameron Highlands meriah dengan kibaran Jalur Gemilang apabila konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2025 berkampung selama satu hari satu malam di sini, semalam.

Pelajar SK Tanah Rata bersemangat mengibarkan Jalur Gemilang.
Menurut salah seorang guru sekolah yang ditemui Zarina Asma Mohd Zainal Abidin program konvoi itu dapat menyemarakkan lagi semangat cinta kepada negara dalam kalangan pelajar sekolah.
“Melalui penyertaan dalam aktiviti seperti ini, pelajar bukan sahaja dapat memahami sejarah kemerdekaan, malah dapat menanam rasa bangga terhadap identiti negara dan menghargai pengorbanan para pejuang kemerdekaan,” katanya kepada MalaysiaAktif.

Kibaran Jalur Gemilang oleh pelajar.
Tambahnya lagi, ia juga menjadi medium terbaik memupuk perpaduan serta memperkukuhkan jati diri generasi muda sebagai pewaris negara.
Konvoi KMJG 2025 meneruskan perjalanan pada hari terakhir dari Hotel Heritage Cameron Highlands melalui sekolah-sekolah di daerah itu iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKT) Tamil Tanah Rata, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ahmad Shah, SJKC Tanah Rata, Sekolah Kebangsan (SK) Tanah Rata, SK Ringlet dan SMK Ringlet sebelum menuju ke Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan, Bentong.
-RI





