Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Sultan Pahang Zahir Penghargaan Kejayaan Projek Pembangunan Ekonomi Asnaf

By 15 Ogos 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Suhaizad AS/Wan Hazlan (Rompin)

ROMPIN, 15 Ogos (MalaysiaAktif) – Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Projek Pembangunan Ekonomi Asnaf yang bertujuan membantu meningkatkan taraf ekonomi rakyat, khususnya usahawan kecil dan sederhana

Sultan Pahang menyampaikan bantuan kepada penerima, Abd Wahab Hussin, 73, sambil disaksikan barisan kepimpinan negeri dan pegawai kerajaan.

“Bantuan ini diharap dapat digunakan sebaiknya untuk memajukan perniagaan, menambah pendapatan dan memberi manfaat kepada komuniti setempat,” titah baginda pada Majlis Penyampaian Bantuan Projek Pembangunan Ekonomi Asnaf di Kampung Tekek, Pulau Tioman, di sini semalam.

Sultan Pahang bertitah di hadapan para hadirin, menzahirkan harapan agar bantuan dapat dimanfaatkan untuk kemajuan ekonomi rakyat.

Pada majlis tersebut, baginda turut berkenan menyampaikan bantuan modal dan peralatan kepada 16 penerima terpilih di bawah program Bantuan Projek Pembangunan Ekonomi Asnaf.

Baginda turut berkenan melawat Klinik Kesihatan Kampung Tekek dan menyaksikan penyerahan peranti Automated External Defibrilator (AED) oleh Institut Jantung Negara (IJN) kepada Jabatan Kesihatan Negeri Pahang.

-RI

Tinggalkan komen anda