
Laporan/foto: Zulkarnain Rodzi (Kota Setar)
ALOR SETAR, 18 Ogos (MalaysiaAktif) – Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar, Dato’ Haji Abdul Ghaffar Yahya melahirkan rasa bangga dengan keberanian anak muda tempatan yang menceburi bidang keusahawanan, sambil berharap kejayaan mereka mampu menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk terus berkecimpung dalam dunia perniagaan.

Pemilik kafe, barisan pekerja dan tetamu jemputan bergambar kenangan bersama Datuk Bandar Alor Setar.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan pembukaan Cafe Taste4Coffee, sebuah kafe baharu milik usahawan muda berusia 24 tahun, Megat Danial Izzudin Mohd Saiful Anuar, yang terletak di Shahab Perdana berhampiran Terminal Bas Alor Setar.
“Kafe ini mempunyai kelebihan kerana lokasi strategik di samping pemiliknya menitikberatkan aspek kebersihan dan kualiti,” katanya.
Kafe itu diharap menjadi salah satu tarikan baharu di Alor Setar hasil usaha syarikat tempatan.
Malah, menurut pelanggan, minuman dan makanan yang ditawarkan adalah setanding dengan jenama popular lain di pasaran.
-RI






