Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

52 Keluarga Mangsa Ribut Taman Ria Sekinchan Terima Sumbangan

By 18 Ogos 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Haniff Tukija/Mohd Hafiz Mat Nor (Sabak Bernam)

SEKINCHAN, 18 Ogos (MalaysiaAktif) – Mangsa kejadian ribut di Taman Ria Sekinchan Mac lalu menerima bantuan berjumlah RM57,000 daripada kerajaan negeri Selangor menerusi Majlis Sumbangan Bantuan Bencana Ribut di Dewan Seri Sekinchan, di sini semalam.

Penyampaian sumbangan bantuan bencana ribut yang diserahkan oleh Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) kepada penerima sumbangan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan Datuk Ng Suee Lim berkata musibah bencana ribut itu amat mencabar, namun Kerajaan Negeri sentiasa mencari jalan memastikan setiap mangsa mendapat perhatian sewajarnya.

“Bantuan yang diterima adalah hasil usaha kita memperjuangkan hak rakyat agar dibela sebaiknya sekali gus membuktikan komitmen kerajaan negeri yang peduli pada nasib rakyat,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pelancongan berkenaan turut mengalakkan rakyat memasang Jalur Gemilang di rumah dan premis masing-masing seiring Inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang.

Suee Lim menyampaikan sumbangan kepada penerima (Foto: PDTSB).

Pada majlis sama, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) menyerahkan sumbangan berjumlah RM39,500 manakala Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam menyampaikan sumbangan berjumlah RM17,500 kepada 52 keluarga.

Turut hadir Pegawai Daerah Sabak Bernam Ali Sadikin Sadin, Ketua Yayasan MBI Ahmad Azri Zainal Nor serta Penyelaras Parlimen Sungai Besar Azhar Achil.

-RI

Tinggalkan komen anda