Skip to main content
Berita TempatanSabah

Pencegahan Dadah Bermula dari Rumah

By 18 Ogos 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: AgKu Marzuki Bin Ag Latip (Tawau)

TAWAU, 18 Ogos (MalaysiaAktif) – Usaha membanteras gejala dadah perlu bermula dari peringkat keluarga kerana rumah adalah benteng pertama dalam mencegah penyalahgunaan bahan terlarang.

Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Tawau, Am Fadzlee Shamsulbari, berkata pengawasan ibu bapa amat penting kerana kecuaian boleh membuka ruang kepada anak-anak terdedah dengan pengaruh dadah.

“Pencegahan paling berkesan bermula daripada rumah. Jika rumah kita kuat, insya-Allah masyarakat juga akan kuatomuniti bebas dadah adalah asas kepada kemerdekaan sebenar negara,” katanya ketika menyampaikan taklimat khas membendung gejala penagihan dadah sempena Program Jiwa@Komuniti Madani Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia di Mini Dewan Mulia Hati Café, Batu 2 Jalan Apas, di sini, pada Ahad.

Am Fadzlee Shamsulbari ketika menyampaikan taklimat pada program tersebut, semalam.

Tambahnya, ibu bapa perlu peka dengan perubahan sikap anak-anak, kerana dari situlah ruang awal penyalahgunaan dadah boleh bermula.

“Setiap ahli keluarga memainkan peranan penting untuk mengekang gejala itu, seiring aspirasi kerajaan membina komuniti sihat dan sejahtera,”jelasnya.

Program anjuran Komuniti Madani Kg Baru itu turut diserikan dengan bicara kemerdekaan oleh Pegawai Penerangan Daerah Tawau, Azuary Abdul Azis, selain pertandingan busana merdeka, pertandingan mewarna dannyanyian lagu patriotik.

Pejabat Penerangan Daerah Tawau turut mengedarkan bahan penerbitan berkaitan kemerdekaan kepada orang ramai dengan kehadiran Pengerusi Komuniti Madani Kg Baru, Amir Dohan.

-RJ-

Tinggalkan komen anda