Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama

By 19 Ogos 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fatin Nabila Muktar (Alor Setar)

ALOR SETAR, 19 Ogos (MalaysiaAktif) – Keselamatan negara bukan hanya terletak di bahu pihak berkuasa, sebaliknya menjadi amanah bersama seluruh rakyat, kata Keua Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Kedah Datuk Seri Norizan Khazali.

“Kesedaran masyarakat terhadap aspek keselamatan perlu diperkukuh, seiring dengan komitmen kerajaan untuk memastikan negeri Kedah kekal aman, makmur dan sejahtera,” katanya.

Norizan (topi putih) menyertai jelajah mesra di Lorong Selamat.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian Program LawanSeni Kanvas Keselamatan Negara bertemakan ‘Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama’,  di sini semalam.

Menurutnya lagi, penganjuran program sempena Bulan Keselamatan Negara dan Tahun Melawat Kedah 2025 oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan kerjasama Majlis Bandaraya Alor Setar, PETRON Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah serta Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) membuktikan komitmen padu pelbagai pihak dalam memperkukuh budaya keselamatan.

“Program sebegini dapat menggalakkan penglibatan komuniti secara langsung melalui medium seni bagi menyampaikan mesej keselamatan dengan lebih berkesan.

Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu menjadi Johan LawanSeni Kanvas Keselamatan Negara di Lorong Selamat Alor Setar.

“Kita buat pelancaran Bulan Keselamatan dan pada bulan Ogos pula adalah Bulan Kebangsaan. Jadi, gabungan antara kedua-dua bulan ini amat bermakna kepada kita semua rakyat Malaysia. Tanpa ada keselamatan yang baik, tidak ada kemerdekaan. Kemerdekaan mesti dijaga supaya kita semua selamat. Itu penting,” katanya.

Pada majlis itu, Norizan turut menyertai jelajah mesra di Lorong Selamat sebelum sesi temu bual bersama RTM bagi berkongsi aspirasi kerajaan negeri dalam memperkukuh budaya keselamatan.

-RI

Tinggalkan komen anda