Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Teladani Pengorbanan Balang Nyabung, Kekalkan Nikmat Kebebasan dan Kemerdekaan

By 20 Ogos 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto : Hamzah Bohari/ Felix Matteus (Sarawak)

SONG, 20 Ogos (Malaysiaaktif) – Nikmat kebebasan melalui kemerdekaan yang tercapai dan dirasai adalah hasil pengorbanan pejuang terdahulu dan generasi hari ini bertanggungjawab untuk mengekalkan nikmat tersebut.

Jalur Gemilang dan bendera Sarawak, Ibu Pertiwiku dikibarkan memenuhi setiap penjuru dan sudut rumah panjang.

Perkara ini antara yang disentuh semasa berlangsungnya program Jiwa@Komuniti MADANI Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHKM) sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan di Rumah Edward Minggu di sini, malam semalam.

“Apa yang dirasai hari ini datangnya daripada pengorbanan wira atau pahlawan terdahulu dan antaranya pahlawan Iban iaitu Balang Nyabung, terkenal dengan keberanian serta semangat juang mempertahankan kebebasan tanah air dan maruah bangsanya.

“Justeru, kita yang bertuah kerana dapat merasai nikmat itu harus menjadikan pengorbanan Balang Nyabung sebagai antara inspirasi yang harus diteladani sekarang demi kemajuan dan keharmonian serta perpaduan bersama,” Ahli Dewan Undangan Negeri Katibas Lidam Assan berkata demikian dalam ucapannya.

Menurut Lidam lagi, kemerdekaan yang tercapai adalah warisan berharga yang diwariskan oleh generasi terdahulu kepada generasi masa kini dan harus dijaga sebaik mungkin agar berkekalan untuk generasi seterusnya.

Program anjuran Pejabat Penerangan Daerah Song yang

Lidam (empat kanan) menyerahkan Jalur Gemilang kepada Edward (tiga kiri).

dihadiri sekitar 150 penduduk dari kawasan sekitar itu juga mendapat sambutan baik dan diberikan pandangan positif antaranya Kaunselor Fatimah Ilam Abdullah yang berpendapat program berkaitan HKHM sememangnya bertepatan dengan inisiatif memupuk semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat.

“Program sambutan HKHM ini tepat pada objektifnya melalui segmen kibar Jalur Gemilang oleh semua yang hadir memandangkan bendera kebanggaan negara itu aadalah lambang atau simbol yang harus diberikan taat dan setia,” jelas Fatimah lagi.

Ketua Komuniti MADANI Kebiau Takan Edward Minggu juga memuji usaha Jabatan Penerangan Malaysia menyatukan masyarakat melalui aktiviti Bulan Kebangsaan terutamanya membabitkan kibar Jalur Gemilang melalui Kempen 1Rumah 1 Jalur Gemilang.

-RJ-

Tinggalkan komen anda