
Laporan/foto: Mohd Zahid Othman/Jabatan Meteorologi Malaysia (Johor)
SEGAMAT, 24 Ogos (MalaysiaAktif) – Satu gegaran gempa bumi lemah dilaporkan berlaku di kawasan Segamat pada pukul 6.13 pagi ini.
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam kenyataannya memaklumkan, beliau telah berhubung dengan Pegawai Daerah Segamat Mohd Ezzuddin Sanusi, dan setakat ini tiada kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda dilaporkan.
“Kerajaan Negeri Johor sedang memantau keadaan ini dengan teliti bersama agensi berkaitan.
“Saya menasihatkan rakyat agar menjauhi struktur-struktur tidak kukuh dan sentiasa peka dengan arahan pihak berkuasa,” katanya.
Beliau turut menegaskan bahawa Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) akan terus menjalankan pemantauan rapi serta mengeluarkan makluman dari semasa ke semasa.
Dalam pada itu, Onn Hafiz menyeru rakyat berdoa agar Johor dan seluruh negara dilindungi daripada sebarang musibah.
-RI





