
Laporan/foto: Norizah Jadid/Nor Azwin Jamal
KUALA LUMPUR, 25 Ogos (MalaysiaAktif) – “Semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum yang berpegang kepada prinsip Rukun Negara menjadi asas kepada perpaduan dan keharmonian negara”.

Penyampaian Jalur Gemilang kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Persatuan Penduduk Wangsa Maju.
Ahli Parlimen Wangsa Maju Zahir Hassan, berkata demikian ketika merasmikan Program JIWA@Komuniti MADANI Hari Kebangsaan di Dewan Bakubang, Taman Setapak, Wangsa Maju, di sini semalam.
Program yang disertai komuniti setempat itu dimeriahkan dengan pelbagai persembahan kebudayaan serta penyertaan masyarakat berbilang kaum yang mengenakan pakaian tradisional masing-masing.

Nyayian lagu Jalur Gemilang oleh komuniti yang hadir di program tersebut.
Dalam pada itu Zahir berkata Jalur Gemilang membawa makna mendalam menerusi warna-warnanya seperti merah melambangkan keberanian, biru (perpaduan), kuning (institusi diraja) dan putih (kesucian).
“Warna-warna ini menyatukan rakyat meskipun berbeza bangsa, agama, budaya dan bahasa, kita tetap berdiri teguh di bawah panji Jalur Gemilang sebagai tonggak kestabilan dan kemajuan negara,” katanya.
Turut hadir Pegawai Penerangan Daerah, Norizah Jadid dan Ketua Komuniti MADANI Jalan Gombak Sim Ming Hing.
-RI





