
Laporan/foto: Senaying Ahud/Jamry Romly (Hulu Perak)
LAWIN 25 Ogos (MalaysiaAktif) – Karnival Sukan Merdeka Keluarga Dewan Undangan Negeri (DUN) Kenering yang berlangsung di Arena Amanjaya, Lawin di sini sempena sambutan Bulan Kebangsaan berlangsung meriah dan berjaya menarik penyertaan masyarakat setempat, kelmarin.

Ucapan perasmian oleh Menteri Besar Perak.
Program anjuran Pusat Khidmat Pegawai Khas Menteri Besar Perak (DUN Kenering), itu dimulakan dengan aktiviti senamrobik yang membangkitkan semangat kecergasan dan kekeluargaan.
Turut mencuri tumpuan ialah Jualan Sejahtera Rakyat yang menawarkan jualan ayam pada harga seringgit seekor khusus untuk 500 pembeli terawal, di samping turut memberi peluang kepada usahawan kecil tempatan melalui penyediaan tapak perniagaan percuma.
Majlis perasmian disempurnakan Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad.
“Generasi kini menghargai pengorbanan pejuang terdahulu dalam mempertahankan tanah air,” katanya.

Sesi bergambar khalayak serta tetamu kehormat.
Acara sukan yang dianjurkan melibatkan pelbagai peringkat umur termasuk futsal, bola jaring, sukaneka kanak-kanak dan dewasa, tarik tali serta pertandingan timbang sepak raga.
Turut hadir Ahli Parlimen Lenggong Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah serta Pegawai Khas Menteri Besar Perak (DUN Kenering) Rohaida Mohamad Yaakub.
-RI





