Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

PENTARAMA, Perak Transit Bawa Mesej Kenegaraan

By 25 Ogos 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sarah Nur Saad/Mohammad Ezwandi (Perak)

IPOH, 25 Ogos (MalaysiaAktif) – Mesej kenegaraan kini semakin meluas apabila PENTARAMA Merdeka@HOHO menjadi salah satu medium dalam menyalurkan penghayatan bagi menyemarakkan sambutan bulan kebangsaan 2025.

Mazlan ketika ditemu ramah wartawan.

Menurut Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Kementerian Komunikasi Mazlan Abd Mutalib, pendekatan itu adalah suatu game changer bagi aktiviti promosi dan publisiti Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) yang bekerjasama secara strategik dengan Perak Transit, sebuah syarikat pengendali bas berbumbung terbuka yang cukup ikonik bagi di negeri Perak.

“JAPEN selaku Pengerusi Jawatankuasa Media dan Publisiti Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 bertanggungjawab menyelaras aktiviti untuk mempromosikan sambutan ini yang bertemakan ‘Malaysia MADANI : Rakyat Disantuni’,” katanya kepada MalaysiaAktif, di sini kelmarin.

PENTARAMA Merdeka@HOHO turut membawakan persembahan tradisional untuk hiburan khalayak yang hadir.

Menurutnya, pelaksanaan program itu adalah antara langkah dalam mencipta kelainan dan membolehkan JAPEN berada dekat dengan orang ramai sekali gus dapat mempromosikan mesej-mesej kenegaraan.

PENTARAMA pula katanya adalah satu cawangan di bawah JAPEN yang membawa program berbentuk hiburan berinformasi di mana elemen muzik, tarian, lakonan dan kuiz disampaikan secara santai serta penuh pengisian patriotik.

PENTARAMA Merdeka@HOHO telah menjelajah ke Negeri Perak untuk kali kedua tahun ini dan memilih beberapa destinasi di Ipoh di sini iaitu Dataran MBI, Gerbang Malam dan Bulatan Sultan Azlan Shah.

-RI

Tinggalkan komen anda