Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Kemalangan Maut di Batu Gajah Menuju ke Menglembu

By 25 Ogos 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sarah Nur Saad/Ammar Hasif (Perak)

IPOH, 25 Ogos (MalaysiaAktif) – Seorang penunggang motosikal maut selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler dan sebuah kereta di Jalan Lahat, di sini, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata mangsa berusia 55 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah dalam kejadian pada 3.10 petang itu.

“Kemalangan berlaku apabila motosikal dinaiki mangsa dari arah Batu Gajah menuju Menglembu telah mengubah haluan dengan menukar lorong dari kiri ke kanan jalan sebelum dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta yang nombor pendaftarannya tidak dapat dikenal pasti.

“Akibat perlangggaran tersebut, mangsa terjatuh ke bawah kenderaan lori treler sebelum diseret sejauh 18 meter,” katanya dalam kenyataan, kelmarin.

Beliau berkata pihaknya sedang mengesan pemandu kereta yang dipercayai melarikan diri dan siasatan dijalankan mengikut seksyen 14(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai dimohon tampil membantu siasatan polis sekiranya telah menyaksikan kejadian tersebut atau mempunyai rakaman kamera papan pemuka dengan menghubungi pegawai penyiasat di talian 013-6713177 atau terus ke balai polis berhampiran.

-RI

Tinggalkan komen anda