Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

XTIF Johor Cerminan Gaya Hidup Baharu Bangsa Johor

By 25 Ogos 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zahairi Ahmad Zabidi/Mohd Hanif Ahmad (Mersing)

MERSING, 25 Ogos (MalaysiaAktif) – Dataran Pantai Air Papan, Mersing hari ini menjadi tumpuan apabila lebih 5,000 peserta hadir memeriahkan Majlis Pelancaran XTIF Johor 2025 yang berlangsung penuh meriah dengan pelbagai acara berkonsepkan Fun & Fitness.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, menegaskan bahawa XTIF Johor merupakan sebahagian inisiatif kerajaan negeri ke arah menjadikan Johor sebagai Johor Sports Nation 2030.

5,000 peserta menyertai aktiviti Fun Run 2.5KM sempena program XTIF Johor 2025 yang berlangsung di Dataran Pantai Air Papan, Mersing, hari ini.

“Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha besar kerajaan negeri untuk menggalakkan rakyat mengamalkan gaya hidup sihat secara menyeluruh, dengan menghimpunkan aktiviti sukan, kecergasan, rekreasi dan hiburan kesihatan dalam satu platform yang inklusif,” katanya ketika merasmikan program tersebut, di sini hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Mohd Hairi Md Shah berkata program itu akan diperluaskan dengan pendekatan melibatkan setiap keluarga dan agensi.

“Gelombang XTIF Johor akan diperluaskan dengan sasaran satu keluarga satu sukan dan satu agensi satu sukan angkat. Insya-Allah, dengan dokongan semua pihak Johor mampu menjadi negeri maju bersama rakyatnya yang sihat dan cergas,” katanya.

Perlepasan Konvoi Jalur Gemilang Jelajah Johor 2025 dari Majlis Belia Negeri Johor dan Akademi Kenegaraan Malaysia.

Terdahulu, Onn Hafiz bersama barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor menyertai program Semarak Subuh dengan menunaikan solat Subuh berjemaah bersama penduduk kampung.

Pelbagai aktiviti turut diadakan antaranya XTIF Johor Run, Sepak Yem, Beach Penalty Shootout, Tarik Tali, Street Soccer, gimik SV Go Green iaitu penanaman pokok kelapa pandan serta pelepasan konvoi Jalur Gemilang Jelajah Johor 2025.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Johor Datuk Asman Shah Abd Rahman, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan) Datuk On Jabbar@Jaffar dan Pegawai Daerah Mersing Jamil Hasni Abdullah.

-RI

Tinggalkan komen anda