Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Orang Ramai Dijemput Menyertai Malaysia #QuranHour pada 30 Ogos Ini

By 27 Ogos 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rahman Ishak (Putrajaya)/BERNAMA TV

PUTRAJAYA, 27 Ogos (MalaysiaAktif) – Orang ramai dijemput untuk menyertai Malaysia #QuranHour 2025 yang bakal berlangsung pada hari Sabtu, 30 Ogos ini sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025.

“Kita nak ajak semua rakyat jelata untuk sama-sama menghayati al-Quran ini untuk kita hidupkan hati seterusnya melahirkan tindakan ke arah kebaikan.

Malaysia #QuranHour 2025 di Masjid Negara pada 30 Ogos ini bermula pada 12 hingga 1 tengah hari.

“Bukan setakat baca, tapi kita nak menghayati maksud al-Quran itu dengan konsep QTT iaitu Quran, Tadabur dan Tazakkur,” kata Penolong Pengurus Projek Malaysia #QuranHour 2025 Amirah Auni Alimar Shidi ketika ditemu bual dalam rancangan ‘Malaysia Petang Ini’ terbitan BERNAMA TV, semalam.

Menurutnya, penganjuran #QuranHour adalah objektif yang dicetuskan sendiri oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF).

“Biasa orang ingat Quran Hour ini dari luar negara. Tapi sebenarnya ia adalah dari Malaysia ke seantero dunia. Yang mana kita dah berjaya anjurkan di 5,000 lokasi di Malaysia, 313 lokasi di 76 buah negara.

“Yang mana capaian meluas sampai kita dapat 8.21 bilion capaian media sosial. Ini bukanlah sekadar angka biasa tetapi tanda ataupun simbolik bahawa Quran Hour ini telah menyatukan masyarakat di seluruh dunia,” katanya.

Katanya, edisi kali ini membawa kelainan dengan tiga adunan surah kata mutiara (surah yang mengandungi ayat al-Quran berunsur nasihat dan motivasi) iaitu al-Saff, al-Balad dan Ali ‘Imran.

Malaysia #QuranHour 2025 di Masjid Negara bermula pada 12 hingga 1 tengah hari itu dijangka dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

“Kita akan bersiaran langsung di RTM. Anda boleh buka (tonton) juga di Facebook dan juga YouTube Quran Hour dan Sinar Harian,” katanya.

-RI

Tinggalkan komen anda