Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Senamrobik Merdeka Komuniti Gong Pauh Gamatkan Suasana Bulan Kebangsaan

By 28 Ogos 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rusmiza Anuar/Zamri Abd Razak (Kuala Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 28 Ogos (MalaysiaAktif) – Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) Senamrobik anjuran Komuniti MADANI Gong Pauh gamat dengan acara pembuka tirai senamrobik berirama lagu patriotik.

Saharrudin menyampaikan ucapan perasmian Program JIWA Senamrobik Merdeka anjuran Komuniti MADANI Gong Pauh.

Padang Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MBKT) bergema dengan laungan “Merdeka! Merdeka!” apabila lebih 100 peserta menyertai program sempena sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini.

Acara meriah, yang diadakan kelmarin disertai pelbagai lapisan masyarakat termasuk Orang DiParol (ODP), Pasukan Peteh Kids serta komuniti setempat membangkitkan semangat cintakan tanah air sambil mengeratkan silaturahim.

Suasana gamat ketika sesi Kuiz Kenegaraan apabila peserta cilik berlumba-lumba menjawab soalan dengan penuh bersemangat.

Menurut Ketua Komuniti MADANI Gong Pauh Amir Osman, program senamrobik ini bukan sahaja mendorong gaya hidup sihat, malah menjadi wadah menyemarakkan semangat patriotisme serta menyatukan masyarakat.

“Selain beriadah, kita mahu masyarakat menghayati erti kemerdekaan dengan penuh rasa syukur dan kebersamaan,” ujarnya.

Program yang disempurnakan oleh Penolong Pengarah Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat (PKPM), Jabatan Penerangan Negeri Terengganu Saharrudin Mohamed turut dimeriahkan dengan kibaran Jalur Gemilang dan pertandingan Kuiz Kenegaraan.

-RI

Tinggalkan komen anda