
Laporan/ foto: Sumardi Sugiman (Sarawak)
BAU, 28 Ogos (MalaysiaAktif) – Seramai 61 pelajar yang mengikuti Program Pendidikan Khas Intergasi (PPKI) terlibat bersama guru-guru mereka dalam Majlis Permata PPKI di SMK Bau, hari ini.
Penolong Kanan Pendidikan Khas (PPKI) SMK Bau Elynna Gundiew, 50, dalam ucapannya merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Pejabat Penerangan Daerah Bau atas perkongsian maklumat kenegaraan, inisiatif kerajaan dan isu-isu semasa yang sahih, tepat dan terkini kepada peserta program di sekolah tersebut.

Peserta program PPKI SMK Bau memberi perhatian penuh kepada maklumat yang dikongsikan Sumardi dalam program berkenaan.
“Perkongsian maklumat secara bersemuka kepada generasi muda khususnya golongan pelajar seperti ini amat dialu-alukan dan penting serta memberi impak positif supaya mereka tidak terpedaya dengan berita palsu di media sosial dan membina sahsiah diri berkonsepkan nilai murni citra Malaysia dengan mengamalkan prinsip Rukun Negara dalam kehidupan harian.
“Terima kasih kepada Penerangan Bau yang menjayakan program ini dan berkongsi maklumat kenegaraan, inisiatif kerajaan dan isu-isu semasa yang berguna kepada peserta ini,” kata Elynna.
Pegawai Penerangan Daerah Bau Sumardi Sugiman turut berkongsi maklumat menekankan kepada penghayatan Rukun Negara, menghormati lagu Negaraku dan Jalur Gemilang, keselamatan dalam talian, anti buli dan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang bertemakan Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni.
Edaran bahan penerbitan berkaitan dasar kerajaan juga diedarkan oleh kakitangan Pejabat Penerangan Daerah Bau kepada semua pelajar yang mengikuti program tersebut.
-RJ-





