Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Konvoi Merdeka Street MADANI Kak Wa Medium Sebar Inisiatif Terkini Kerajaan

By 31 Ogos 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohammad Rasuli (Bagan Datuk)

HUTAN MELINTANG, 31 Ogos (MalaysiaAktif) – Konvoi Merdeka Street MADANI Kak Wa (KMSMKW2025) yang dianjurkan sempena sambutan Hari Kebangsaan tahun ini menjadi wadah untuk menyampaikan inisiatif terkini kerajaan kepada rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hutan Melintang Wasanthee Sinnasamy, berkata program berkenaan merupakan anjuran bersama Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hutan Melintang dengan Street MADANI.

Wasanthee memulakan acara pelepasan Konvoi Merdeka.

“Melalui konvoi ini, rakyat khususnya generasi muda diajak menyertai aktiviti secara santai sambil didedahkan dengan maklumat mengenai pelbagai inisiatif kerajaan, antaranya bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk semua warga Malaysia berusia 18 tahun ke atas serta cuti peristiwa pada 15 September sempena sambutan Hari Malaysia,” katanya ketika berucap merasmikan program di Pejabat ADUN Hutan Melintang di sini, semalam.

Tambahnya, aktiviti konvoi bukan sahaja mengeratkan hubungan sesama komuniti melalui semangat solidariti, malah mengingatkan generasi muda agar mensyukuri nikmat keamanan yang dikecapi dan bersama-sama menjaganya.

Sementara itu, Pengarah Program KMSMKW2025 Mohd Safwan Zuber, berkata selain konvoi, pelbagai acara sampingan turut diadakan termasuk pertandingan pakaian beragam untuk kanak-kanak.

Wasanthee bersama tetamu yang hadir.

“Program ini juga memperkenalkan jenama ‘YB Kak Wa’ yang merupakan singkatan nama Yang Berhormat Wasanthee Sinnasamy. Jenama ini akan digunakan sebagai identiti kepada program-program yang akan dianjurkan pada masa hadapan,” ujarnya.

Peserta dari Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Kamatchi Varshan Paul Raj, 11, berkata beliau telah menyertai pertandingan pakaian beragam bersama keluarganya.

“Selain mengenakan pakaian seragam tentera, kami turut menghias basikal seperti kereta perisai,” katanya.

Turut hadir Pengetua Street School Wahida Badaruddin.

-RI

Tinggalkan komen anda