Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

100 Tahun Menuju Kemerdekaan Jadi Sasaran Negara – Amirudin

By 31 Ogos 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

BATU CAVES, 31 Ogos (MalaysiaAktif) – Hala tuju negara menuju 100 tahun kemerdekaan bukan sekadar wacana, sebaliknya akan dijadikan sasaran utama dalam perancangan pembangunan negara.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, tempoh 30 tahun bukanlah satu jangka masa yang panjang, namun ia penting untuk dirancang dengan teliti bagi memastikan Malaysia terus melangkah ke hadapan.

Amirudin ketika menyempurnakan pelepasan Fun Run Sungai Tua hari ini.

“Ini adalah impian saya dan saya percaya ia juga impian majoriti rakyat Malaysia.

“Kita perlu mula meletakkan sasaran yang jelas dan insya-Allah ia akan diterjemahkan dalam rancangan pembangunan termasuk Rancangan Malaysia seterusnya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan program Fun Run Sungai Tua di sini hari ini.

Menurut Amirudin, selepas era Wawasan 2020 dan Dasar Pembangunan Nasional, negara berdepan beberapa tahun ketidakstabilan.

Namun kini katanya, Malaysia sudah kembali memperoleh kestabilan untuk bergerak maju.

“Inilah masanya kita bergerak ke hadapan dengan gagasan lebih besar dan bermakna untuk negara,” jelasnya yang juga Ahli Parlimen Gombak.

Ketika menyampaikan Syarahan Kebangsaan di Pusat Konvensyen MBSA pada Jumaat lalu, Amirudin menegaskan sambutan kemerdekaan ke 100 negara yang akan disambut pada 2057 merupakan detik penting sejarah.

Katanya, ia menjadi simbol aspirasi rakyat Malaysia menuju sebuah bangsa yang berani, berilmu, berbudaya, dan berdaya saing dalam dunia multipolar.

-RI

Tinggalkan komen anda