Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Program JIWA@Komuniti MADANI Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) Unik, Telusuri Sungai Rajang

By 31 Ogos 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Dorothy Tuyoi/ Sa’adi Pasong (Sarawak)

SIBU, 31 Ogos (MalaysiaAktif) – Program JIWA@Komuniti MADANI Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) anjuran Komuniti MADANI Datuk Robert Lau Hoi Chew dan Pejabat Penerangan Daerah Sibu semalam unik apabila julung kalinya berlangsung di atas Kapal Hobee Star Cruise, menelusuri Sungai Rajang.

Acara simbolik memotong kek Sambutan Hari Kebangsaan 2005 di atas Kapal Hobee Star Cruise.

Kapal tersebut mula bergerak dari Jeti Kapit menuju ke Sungai Antu sebelum ke Paradom dan kembali semula ke Jeti Kapit, dengan kehadirannya disambut meriah oleh masyarakat setempat.

Sambutan iu jelas memperlihatkan semangat patriotisme rakyat Sarawak yang terus terpupuk serta minat mereka untuk menyertai program bercirikan nilai kebangsaan.

Dalam pada itu, Temenggong Datuk Vincent Lau dalam ucapannya menyeru agar semangat perpaduan dalam kalangan rakyat terus diperkukuhkan. Beliau menekankan pentingnya setiap lapisan masyarakat menghulurkan tangan, membina kepercayaan antara kaum serta bersatu padu demi kemajuan bersama.

“Semangat perpaduan ibarat Sungai Rajang – gagah, menyatukan dan membawa kita bersama ke destinasi.” -Vincent Lau

“Umpama menyusuri Sungai Rajang yang gagah perkasa, biarlah ia menjadi peringatan tentang perjalanan yang kita lalui bersama, satu perjalanan yang menuntut kesabaran, ketabahan serta perpaduan untuk sampai ke destinasinya.

“Marilah kita bawa semangat ini ke hadapan dengan berkhidmat kepada masyarakat dan tanah air tercinta dengan penuh dedikasi serta rasa bangga,” katanya.

Turut hadir Timbalan Pengarah Penerangan Malaysia Sarawak, Sri Kestury Mohammed Zamhari; Pegawai Penerangan Daerah Sibu, Zaini Morshidi; ahli Komuniti MADANI setempat; ketua-ketua masyarakat serta wakil jabatan kerajaan di Sibu.

-RJ-

Tinggalkan komen anda