Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Miring : Warisan Budaya Masyarakat Iban

By 31 Ogos 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto : Latifah Abdul Latip/ Magdellina Alfred Jeho/ Collin Kumar Ngalang (Sarawak)

SARIKEI, 31 Ogos (MalaysiaAktif) – Upacara Miring merupakan tradisi masyarakat Iban di Sarawak yang merangkumi penyampaian doa kepada nenek moyang dan ‘Petara’ (Tuhan) bagi memohon berkat, perlindungan, kebahagiaan serta kesejahteraan, selain menghindari malapetaka sebelum sesuatu majlis dilangsungkan.

Selain itu, Miring turut bertujuan memohon kekayaan dan kebahagiaan hidup, di samping menjadi simbol penghormatan kepada roh nenek moyang serta memperingati warisan budaya turun-temurun.

Menurut Ketua Biau, Barau Tak, 70, sebelum upacara dimulakan, persiapan rapi perlu dilakukan dengan menyediakan kelengkapan utama iaitu piring (pinggan sesaji) berisi makanan, minuman tuak, sirih pinang, ayam sabung, nasi pulut serta pelbagai kuih tradisional.

Barau Tak mengetuai Upacara Miring, meneruskan warisan budaya masyarakat Iban agar kekal terpelihara untuk generasi akan datang.

Barang sesaji kemudiannya dipersembahkan mengikut susunan tertentu sebelum didoakan oleh Lemambang (pawang atau tukang miring) yang memimpin upacara tersebut.

Simbolik ayam digunakan sebagai korban suci bagi memperkuatkan doa, di mana darahnya dipercayai menjadi penawar penyucian manakala bulu ayam dijadikan lambang penghubung doa kepada kuasa ghaib.

Doa atau ‘Sampi’ turut dipanjatkan untuk memohon kesejahteraan, kelimpahan rezeki serta perlindungan daripada sebarang malapetaka.

Menurut Barau, upacara Miring bukan sekadar ritual keagamaan dan kebudayaan, tetapi turut mencerminkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat Iban.

“Melalui adat ini, seluruh lapisan masyarakat akan berkumpul, bergotong-royong serta saling menghormati antara satu sama lain,” jelasnya.

-RJ-

Tinggalkan komen anda