Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Kontinjen Kelab Bomba Cilik Tarik Perhatian Pengunjung

By 2 September 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Azian Saad/Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah

ALOR SETAR, 2 Sep (MalaysiaAktif) – Kontinjen Kelab Bomba Cilik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Kedah mencuri tumpuan pengunjung ketika menyertai Istiadat Perbarisan dan Perarakan Sambutan Hari Kebangsaan ke-68 Peringkat Negeri Kedah di Dataran Medan Bandar, di sini kelmarin.

Pelbagai seragam yang ditampilkan dalam perarakan.

Kontinjen unik itu menampilkan kanak-kanak dari Tadika An-Najaah Jalan Langgar dan Cawangan Jalan Teluk Wanjah, Alor Setar yang lengkap berpakaian seragam JBPM mini.

Kehadiran bomba cilik yang penuh semangat dan bergaya itu mendapat tepukan dan sorakan gemuruh pengunjung.

Perarakan bersejarah itu telah disempurnakan Sultan Kedah Sultan Salehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Kontinjen diketuai Penolong Kanan Penguasa JBPM negeri Kedah Norkartini Hakim Jasmi itu terdiri daripada 60 orang murid tadika, enam anak anggota serta 12 guru pengiring.

-RI

Tinggalkan komen anda